Karangan Jenis Autobiografi
1. Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda sebagai sesuatu
1. Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda sebagai sesuatu
benda secara terperinci.
2. Ada yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir.
3. boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana
4. Aturan membina karangan
· tempat asal - nama - dilahirkan dimana - proses pembuatan - dibungkus
· perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran - di mana dipamerkan -
2. Ada yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir.
3. boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana
4. Aturan membina karangan
· tempat asal - nama - dilahirkan dimana - proses pembuatan - dibungkus
· perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran - di mana dipamerkan -
bertukar milik
· proses penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat
· perasaan - sedih atau gembira
5. boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan , bukan dengan manusia.
6. paparkan nilai-nilai murni
· proses penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat
· perasaan - sedih atau gembira
5. boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan , bukan dengan manusia.
6. paparkan nilai-nilai murni
Rangka Karangan
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk "Aku Sebuah Basikal".
- berasal dari Jepun
- dibuat di sebuah kilang besi waja
- terdiri daripada besi waja, getah dan plastik
- disebut basikal
- dipamerkan
- berasa sungguh gembira
- menaiki sebuah kapal dagang
- berasa sungguh bangga
- nasib malang
- kapal karam
- dijumpai oleh penyelam
- dijual sebagai besi buruk
- menjadi bahan terbuang
- kesal kerana tidak dapat berbakti
Contoh Karangan
Aku berasal dari ’Negara Matahari Terbit“. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar. Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan plastik.
Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan -kawanku yang lain dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.
Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu, aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.
Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas. Setahun kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.
Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.
Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara
terbahagi kepada dua jenis
i. dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya
khabar dan perbualan menerusi telefon.)
ii. wawancara dan temu ramah ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada
orang yang lebih dihormati , atau ingin tahu tahu sesuatu perkara )
Tips
· Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar
· elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan ”ya… atau ”tidak….
· kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )
· tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati -hati
dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )
· mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
· soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh
· Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.
Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Keperihalan / Gambaran / Situasi
- memerlukan kekuatan imaginasi dan daya kreatif yang tinggi.
- Sesuatu yang ditulis itu mungkin berdasarkan pengalaman , pembacaan, atau perbualan.
Tips
1. cerita yang hendak ditulis hendaklah berdasarkan tajuknya.
2. cuba menulis cerita yang dapat menarik minat pembaca.
3. jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita yang terlalu banyak khayalan
kerana ini akan menyebabkan kamu tidak dapat menyampaikan maksud dengan jelas.
4. jangan menulis sampai meleret-leret, berhati-hatilah dengan peruntukkan masa
yang diberikan
Contoh Karangan
Pada hujng minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendiran di rumah kerana ibu bapa saya pergi ke tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa jemu, saya membaca sebuah buku cerita.
Ketika saya leka membaca , tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah meminta tolong. Saya segera menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila saya dapati asap berkepul-kepul keluat dari ruma jiran saya. Suatu kebakaran telah berlaku.
Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan kebakaran dan ada yang menolong memunggahkan barang-barang. Saya mulai berasa bimbang kalau-kalau api itu merebak ke rumah saya.
Tanpa berlengah-lengah lagi , saya terus menelefon pihakbomba. Sepuluh minit kemudian, anggota bomba pun tiba di situ.
Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya kebakaran itu dapat dikawal daripada merebak. Saya berasa gembira kerana rumah saya terselamat daripada kebakaran tersebut.
No comments:
Post a Comment