Showing posts with label Tatabahasa. Show all posts
Showing posts with label Tatabahasa. Show all posts

Thursday, 8 December 2011

Kata Sendi Nama

Kata Sendi
a. Kata sendi memerlukan kata nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi nama. Melihatkan konsep ini,
maka frasa sendi nama oleh kerana tidak boleh digunakan atau dianggap salah. Ini adalah kerana yang hadir
selepas kata sendi oleh adalah tergolong dalam kelas kata hubung dan bukannya kelas kata nama.
Dalam hal ini frasa oleh kerana perlulah diganti dengan frasa sendi nama oleh sebab kerana sebab adalah
tergolong dalam kelas kata nama;
Oleh keranaterlalu sibuk, Halim tidak jadi balik ke kampung
Oleh sebab terlalu sibuk, Halim tidak jadi balik ke kampung
b. Kata sendi nama akan tidak boleh digugurkan antara frasa adjektif yang menyatakan perasaan/sikap dengan
frasa nama.
Dia amat minat kerjaya itu
Dia amat minat akan kerjaya itu
c. Kata sendi nama akan juga tidak boleh digugurkan antara kata kerja tunggal yang berbentuk tanpa imbuhan
dengan kata/frasa nama;
Semua orang sepatutnya tahu tanggungjawab masing-masing
Semua orang sepatutnya tahu akan tanggungjawab masing-masing
d. Kata sendi nama dengan tidak boleh dilenyapkan selepas kata kerja tak transitif berawalan beR-, teR-atau
tanpa imbuhan;
Saya ada bertemunya dalam majlis itu
Saya ada bertemudengannya dalam majlis itu
e. Kata sendi nama demi tidak boleh digunakan bersama-sama kata sendi nama untuk kerana dianggap lewah
dan harus digugurkan;
Demi untukmelaksanakan tugas, dia meninggalkan anak isterinya di kampung
Demi melaksanakan tugas, dia meninggalkan anak isterinya di kampung
f. Frasa sendi nama di dalam atau di antara tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang membawa
pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak;
Di sekolah, Mazni bergiat cergas di dalam pelbagai aktiviti sukan dan persatuan
Di sekolah, Mazni bergiat cergas dalam pelbagai aktiviti sukan dan persatuan
g. Kata sendi nama sejak/semenjak digunakan untuk menyatakan waktu atau masa yang membawa maksud
mulai atau bermula dari. Oleh sebab itulah, penggunaan frasa sendi nama sejak atau semenjak dari dianggap
lewah dan dari hendaklah digugurkan;
Sejak dari dulu lagi saya nasihatkan awak, tetapi awak degil,” kata Ani
Sejak dulu lagi saya nasihatkan awak, tetapi awak degil,” kata Ani
h. Kata sendi nama tentang digunakan untuk menyatakan maksud berkenaan dengan hal/perkara yang umum
sifatnya. Manakala kata sendi nama mengenai pula membawa maksud kena pada sasarannya. Oleh itu,
kata sendi nama tentang dan mengenai tidak boleh disamakan fungsi dalam sesuatu ayat;
Forum Perdana kali ini membincangkan penghayatan masyarakat mengenai cara hidup Islam
Forum Perdana kali ini membincangkan penghayatan masyarakat tentang cara hidup Islam
i. Kata sendi nama pada unsur yang kedua dalam binaan ayat majmuk boleh digugurkan secara pilihan dalam
penggabungan frasa sendi nama dengan kata hubung dan atau atau;
“Encik hendak bertemu dengan Encik Tan dengan atau Encik Lin?” tanya Hassan
“Encin hendak bertemu dengan Encik Tan atau Encik Lin?” tanya Hassan
j. Kata sendi nama pada unsur yang kedua dalam binaan ayat majmuk tidak boleh digugurkan kalau kata sendi
nama dalam bentuk setara itu adalah;
Pemandu yang mabuk itu dikatakan memandu keretanya ke kiri dan kanan bahu jalan sebelum terhumban
ke dalam gaung
Pemandu yang mabuk itu dikatakan memandu keretanya ke kiri dan ke kanan bahu jalan sebelum terhumban
ke dalam gaung
k. Kata sendi nama pada unsur yang kedua juga tidak boleh digugurkan kalau kata sendi nama dalam bentuk
setara itu ialah ke yang tidak menggunakan kata hubung;
Pak Darus tidak diam duduk, jalannya ke hulu hilir sambil berfikir
Pak Darus tidak diam duduk, jalannya ke hulu ke hilir sambil berfikir
l. Kata sendi nama tentang tidak boleh disamakan fungsinya dengan kata sendi nama terhadap. Ini adalah kerana
kata sendi nama tentang digunakan untuk menyatakan maksud berkenaan hal/perkara yang umum sifatnya,
manakala terhadap pula digunakan untuk menyatakan maksud rujukan yang membabitkan penyambut yang
tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda;
Tanggapannya tentang Zakiah selama ini ternyata meleset
Tanggapannya terhadap Zakiah selama ini meleset
m. Elakkan penggunaan kata sendi yang menyalahi fungsinya mengikut konteks sesuatu ayat.
“Tolong berikan bungkusan itu pada Sahul” kata Lim  
“Tolong berikan bungkusan itu kepada Sahul” kata Lim

Wednesday, 9 November 2011

Kata Kerja

Kata Kerja

Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh  
   pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu 
   dipanggil penyambut. ( objek )

2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )

3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai 
   awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil,    
   mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

4. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh  
   objek, iaitu kata nama. Contohnya: Atan mendengar radio.
  • mendengar ialah kata kerja transitif 
  • radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men‑, men ...i, men ...kan, memper‑, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:

Contoh ayat :

1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut.

(a)  Pak Abu menjala ikan.
(b)  Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c)  "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua 
     kampung.
(d)  Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e)  Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f)  Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.


Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )
Dia suka membaca buku
Jamilah memukul seekor ular
Abidin menjual kuih-muih
Ramli berjalan ke sekolah
Kereta itu melanggar seekor lembu


B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.


Contohnya :

1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.


Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami mandi di tasek itu.
Dia senyum semasa berjalan
Saya menyanyi dengan kuat
Hassan berjalan ke sekolah


1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri 
   dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang 
   berimbuhan ber‑, men‑, ter‑, ber... an, dan ber...kan. Contohnya: 
   (a) Ravi belum datang lagi. 
   (b) Murid‑murid sedang belajar. 
   (c) Sungai itu mengalir deras.

Peringatan

Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’
di hujungnya.
Contoh ayat:

1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.


Kata Kerja Pasif


1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja 
   transitif tetapi yang tidak berawalan men‑. Contohnya: angkat, 
   atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.

2. Ada tiga jenis kata kerja pasif. 
   (a) kata kerja pasif diri pertama 
   (b) kata kerja pasif diri kedua 
   (c) kata kerja pasif diri ketiga

3. Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan 
   ku‑. Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, 
   dan kupersilakan.

4. Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan kau‑. Contohnya:  
   kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan 
   kaupersilakan.

5  Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di‑. Contohnya: 
   diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan